cara mencari juzuk al-quran dengan cepat dan mudah


Bismillah 

Hari nie ana nak ajar pulak cara mudah mencari atau mengesan juzuk dalam Quran
Pernahkah antum wan antunna mengalami kesukaran mencari muka surat sesuatu juzuk dalam al-Quran? Tahukah ada formula mudah yang boleh anda gunakan untuk mencari juzuk-juzuk di dalam al-Quran.
Nak tahu formula mudah tersebut? Teruskan bacaan akhawat wa ikhwah semua…..

Tip yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 berada di muka surat berapa? Begini caranya ;
Juzuk 5 ditolak dengan 1 (5 – 1 = 4)
4 perlu didarab dengan 2 (4 x 2 = 8)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan tadi (iaitu menjadi 82)
Jadi, juzuk 5 adalah berada pada muka surat 82. Sekarang cuba lihat dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada muka surat yang ke-82. Mudah dan menarik kan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 berada dalam muka surat yang ke berapa? Begini caranya (seperti diatas) ;
Juzuk 10 ditolak dengan 1 (10 – 1 = 9)
9 perlu didarab dengan 2 (jadi 9 x 2 = 18)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (menjadi 182)
Jadi, permulaan juzuk 10 adalah terletak pada muka surat 182.

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa? Kiraan sama seperti di atas ;
Juzuk 23 – 1  =  22
22 perlu didarab dengan 2 (jadi 22 x 2 = 44)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (442)
Jadi, permulaan juzuk 23 adalah berada pada halaman 442.
Subhanallah, memang menakjubkan. Cubalah kalau tak percaya….!

#credit me if you like it


jangan luper ea untuk comment^^

0 budak comments ^^:

Post a Comment

This blog fully designed by this guy | Don't you dare want to copy it! | Alright reserved by hafiz